Powered By Blogger

Tuesday, June 28, 2011

Makan Dan Minum

arini nak crite pasal makan..
disebabkan aq memang seorang yang suke makan, jd aq terfikir??
bagaimanakah cara makan yg betul???
adakah maen masok mulot je???
maen telan mcm ular je ke?
haish..moh kite slidik ok...

PETUA MAKAN DAN MINUM

Makan bila lapar, berhenti sebelum terlalu kenyang
Rasulullah SAW makan hanya ketika benar-benar lapar, dan tidak benar-benar mengenyangkan. Dalam satu hadith disebut ” Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali bila merasa lapar dan apabila kami makan, maka tidak sampai sekenyang-kenyangnya” (ketika menolak tawaran untuk diberikan tabib atau doktor)
Sepertiga bahagian untuk makanan, minuman, pernafasan
Rasulullah SAW telah mengajar cara untuk makan dan minum iaitu sepertiga isi perut untuk makanan, sepertiga lain untuk minuman dan sepertiga akhir untuk udara (nafas)
Sedikit Makan
Makanan adalah punca kepada kebanyakan penyakit. Maka apabila seseorang itu banyak makan, maka banyaklah penyakitnya.
Rasulullah SAW bersabda, orang yang paling disukai Allah di antara kamu adalah orang yang paling sedikit makannya dan paling ringan badannya” (Riwayat Ad-Dailami melalui Ibnu Abbas r.a.)
Apabila seseorang sedikit makan, maka perutnya dipenuhi cahaya.(Riwayat Ad-Dailami melalui Abu Hurairah r.a.)
Dalam satu hadith disebut “Apa yang saya lebih bimbang terhadap umat saya, ialah besar perut, banyak tidur, malas, dan kelemahan keyakinan”. Besar perut, bermaksud, banyak makan, kemewahan. Mereka yang banyak makan, akan membesarkan perut, ia akan mewarisi kelembapan, kurang cergas.
Jangan makan atau minum terlalu panas
Dinginkanlah makanan kamu (sebelum dimakan), nescaya makanan itu diberkati (Riwayat Ibnu Addi).
Nabi SAW melarang memakan makanan yang masih panas kecuali panasnya telah reda (Riwayat Thabrani)
Nabi SAW melarang meniup-niup makanan dan minuman (Riwayat Ibnu Abbas)
Cara minum
Nabi melarang minum secara meneguk atau menonggang tanpa henti dan menghembus nafas di dalam air. Ia umpama cara minum haiwan seperti lembu atau unta. Berhentilah selepas dua atau tiga teguk dan hembuslah nafas di luar bekas minuman.
Apabila kamu meminum air, minumlah dengan cara menghirupnya (menghisapnya), jangan meminumnya dengan cara meneguknya. Sesungguhnya ia akan menyebabkan penyakit paru-paru (Riwayat Ad-Dailami)
Nabi SAW melarang minum dengan sekali teguk, beliau menjelaskan bahawa cara minum demikian adalah cara syaitan (Riwayat Baihaki)
Setelah makan
Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang di antara kamu memakan makanan, maka janganlah kamu mengelap tangannya sebelum menjilatnya (untuk membersihkan sisa makanan) atau menyuruh orang menjilatnya (Sahih Muslim, 3787)

~ jd kita kene tahu bahawa makan dan minum juga ada caranya..
~ bukan sekadar bg perot kenyang tetepi juga bg lah diri kita ni sihat..ok...
~ sama2 lah kita amalkan

No comments:

Post a Comment